18 tetamu majlis perkahwinan ditembak mati


Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati 18 tetamu pada sebuah majlis perkahwinan di Kaduna, utara Nigeria pada Ahad lalu. 

Suspek yang menunggang motosikal menyerbu ke kampung berkenaan pada Ahad lalu dan melepaskan tembakan rambang ke arah para tetamu. 

Seramai 18 orang terbunuh dan 30 lagi yang lain cedera. 15 daripada angka tersebut mati di tempat kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia di hospital. 

Pihak berkuasa masih menyiasat dalang di sebalik serangan itu dan difahamkan kawasan kejadian itu merupakan kawasan panas di antara kumpulan pengembala Muslim Fulani dan petani etnik Kristian. 

Polis mengesahkan kejadian itu tetapi tidak mempunyai maklumat lengkap mengenainya dan masih belum mendapat berapa jumlah mangsa terkorban dalam serangan itu. 

Sumber: AFP