Bayi baru lahir ditemui dalam kotak mineral


Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan dalam kotak air mineral di persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang di Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi perempuan itu daripada orang awam pada 7 pagi.

“Tiada sebarang dokumen atau barang milik bayi ditemukan bersama bayi ini dan bayi telah dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bayi seberat 2.8 kilogram ini dilahirkan cukup bulan dan ia dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu,” katanya.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Zanariah di talian 0189604202 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Sumber: Bernama