'Dulu sejam fly boleh dapat RM600+ sehari, now dah terbalik' - Pilot nekad ubah nasib keluarga selepas hilang pendapatan


Tidak siapa yang dapat menduga jatuh, bangun seseorang. Dan tidak ada siapa pun yang dapat meramal susah dan senang pada masa akan datang.

Apabila wabak Covid-19 mula  menyerang sengenap lapisan dunia, dunia bagaikan lumpuh dengan serangan itu. Sektor ekonomi terutamanya kian merudum.  Kesannya menyebabkan ramai yang telah diberhentikan kerja.

Situasi tersebut juga telah memberikan tamparan yang hebat kepada bekas juruterbang ini. Tetapi, itu semua bukan penghalang baginya untuk hanya duduk mengenangkan nasib menimpa dirinya. Dia bangkit untuk mengubah nasib dia sekeluarga.

TAHUN 2020, tahun penuh lelah. Awas, panjang!

Tiada siapa menduga krisis pandemik tahun ini benar-benar memberikan impak maksimum. Semenjak bertukar kerjaya dari sektor kerajaan ke dunia penerbangan, aku fikir inilah kerjaya yang akan memberi kebahagian kepada keluarga kecilku, anakku Sofea berusia 8 tahun dan isteri yang setia di sisi sepanjang 10 tahun yang lalu.

Namun takdir Allah penuh misteri, setelah 10 tahun di dalam bidang penerbangan yang orang fikir penuh glamour (emmm... orang fikir, sedangkan ia bukan begitu), akhirnya aku kehilangan pendapatan semenjak bulan April disebabkan syarikat majikan aku juga hilang pendapatan akibat pandemik.

Setelah keadaan reda, aku mengambil keputusan  untuk mencari pekerjaan yang sesuai bagi menjana pendapatan. Tetapi bukan senang nak dapat kerja. Bukan aku seorang sahaja yang tak ada pendapatan, ramai lagi yang lain. Puas aku menghantar resume ke sana sini, tetapi hampa. Tiada siapa yang nak ambil.

Kecewa sungguh kecewa. Aku mana ada skill dalam bidang lain selain supir kapal terbang. Ramai member lain menjana pendapatan dari saham dan forex tapi aku mampu tengok sajalah. Duit yang ada pun hanya untuk membayar hutang selepas morotorium kelak. Nak belajar tentu learning curve sangat lama since bidang itu risiko tinggi.

So apa cara nak dapat duit pantas? Puas fikir dan belek apa ada di tangan, akhirya aku decide jadi supir di darat pula. Oh ye pandu apa? Setelah survey pilihan yang ada aku fikir kerjaya ini maybe boleh menghasilkan pendapatan yang okey buat sementara. Kerja apa tuan-tuan? Ehailing rider.

Dalam aviation kelayakan untuk fly setiap pesawat di namakan type rating. Civil Aviation Authority Malaysia(CAAM) dah endorsed dalam lesen aku kapal boleh aku fly ade dua ATR72-600 dan B738NG. Bukan macam di darat ye sahabat semua. Kita nak pandu BWM, Merc atau Proton belasah jer. Tak ada undang-undang nak larang. Asal boleh memandu kira boleh dah tu. Eh apa kena type rating dengan Rider e-Hailing? Sabar, aku nak cite la ni.

So aku pun apply la nak jadi rider e-Hailing. Rupanya banyak sungguh company e-Hailing dekat Malaysia. Apply punya apply (bukan free tau, kena bayar nak jadi pekerja e-Hailing ni) sedar tak sedar aku dah ada 4 type rating. Perh banyak siot. Apa beza setiap company ni? Meh aku cerita kat bawah:

1. LALAMOVE

Register free but beg kena beli harga RM120. As rider tugas seharian adalah rebut job dalam apps disediakan. Susah gila nak dapat job. Baru dengar jek notification job, dah hilang kene rembat. Apa maksudnya. Mean ramai gila rider. Semua ni maybe macam aku pilot yang kehilangan kerjaya or bidang lain yang kena buang. 

Oh ye tugas penghantaran dibayar ikut distance ‘goods’ yang dihantar. Range dari semurah RM4 hingga semahal RM40. Ikutlah distance berapa jauh kita hantar. Secara purata 1 km dapatlah RM0.80 sen. Korang rasa berapa lama aku bertahan job ni? 

Dahlah dekat Putrajaya (rumah aku) job tak ada. Kena pergi ke USJ untuk dapat job. Dengan motor besar yang main clutch dan full riding gear memang cari nahas buat keje e-Hailing ni. 3 jam jek main dalam bandar aku dah give up. Letih wei main clutch plus moto punya berat.

2. DAH MAKAN

Instead aku kena rebut job, job datang ke aku. Senang sikit kan. Itu teori la. Rupanya aku kena pergi ke hub catering dia. Jauh la pulak. Ada di PJ dan USJ. Coverage penghantaran makanan dari PJ hantar ke Putrajaya. Sesuai for big bike macam aku pakai, but upah sangatlah ciput. Sudahnya upah dapat cukup bayar minyak moto jer. Cancel, takleh gi la benda ni.

3. FOOD PANDA

Wah ini sebiji macam airlines. Hahaha! Why? Sebab dalam airlines ada 3 eleman ini:

OTP (ON TIME PERFORMANCE)

Masa fly seboleh-boleh elakkan delay. Tapi delay bukan sebab aku as Captain suka-suka nak delay weh. Biasa disebabkan oleh cuaca or teknikal. Untuk Food Panda, aku kena follow time app kasi masa anta makanan. So rahsia nak OTP yang cun? Sudah semesti main motor kecil, jangan pakai motor besar. Motor kecil tak payah pakai clutch, minyak jimat and nak menyelit senang. Mana pula aku nak cari motor kecil? Aduh!

CHECK IN-SOP

Check in-SOP for fly is sebelum masuk dalm kokpit kene check in kat komputer di office. Food Panda pula aku kena check in di kawasan ditetapkan. Aku main Putrajaya saja sebab nak check in 10 minit dari rumah aja. 

But it quite amaze for me. App dan SOP yang disediakan oleh Food Panda agak sistematik. Dah check in, just tunggu kena assign job by system. Biasa dalam Putrajaya tugas aku hantar Fast Food (McD, KFC, Burger King) ke serata client di sini. Sebut client, faham-fahamlah kan perangai. Ada yang baik dan ada tak (dipandang jek aku ni cam kuli). Eh memang kuli pun wei. Aku bukan kapten dalm pesawat dah. Tak sedar diri aku ni.Hahaha.

ROSTER

Ini paling mengujakan aku. Sebiji airlines weh. Kami di airlines akan ade roster or jadual fly yang disediakan sebulan awal. Dalam roster ni kami akan tahu besok nak fly mana, berapa sektor dan siapa FO (First Officer) dan pramugari yang bertugas. In case demam ada dua option, satu MC satu lagi swap with other for off days. 

For Food Panda sama weh. Beza aku seorang jelah rider. Mana ade First Officer dan pramugari ikut aku dah. Jika aku tak dapat bertugas aku kene offer swap to others riders. Mantap memang mantap system ni. Tak terfikir pula e-Hailing ni sama macam airlines.

So inilah tugas aku ketika ini. GIG or hustle job orang kata. But... ada tapi. Dulu sejam aku fly boleh dapat minima RM600 sehari, but now dah terbalik sehari max kerja bagai nak rak (dengan panas lengit, hujan, kene marah customer, hitam terbakar muka dan tangan) boleh dapat RM50 to RM70 saja. Cukup ke nak bayar expenses aku? Memang tak cukup tetapi inilah rezeki Allah beri kepada family aku buat masa sekarang. Kesian sangat kat anak aku umur 8 tahun ni. So small tapi dah terpaksa lalui kesusahan ini. 

Maafkan papa ye nak. I try to max to find suitable job for our family to be like before. 

Disebabkan itu, maka aku dan wife decide untuk jadi ejen jual Kambing Perap dan juga steak yang dibawah masuk dari New Zealand. Raya Haji tak lama dah sahabat semua. Apa lagi, bolehlah order dua jenis daging ni kat aku.



Support dari korang maybe akan mengubah nasib aku kelak dalm perniagaan ini. Mana tahu kan rezeki semua dari Allah. Sekarang ada promo for kambing perap tau. Cepat-cepat order. Steak pulak, pew~. Kalau siapa pernah makan kat kedai steak mesti tau harga yahudi kan? Ini aku offer harga melayu. Hahaha.

Oklah panjang gila coretan aku, ada ke orang baca? Kalau ada tu, aku ucapkan terima kasih. 

Sumber: Anwar Ajid