(Video) 'Masaklah untuk bekal pergi sekolah' - Ibu sebak, anaknya usia 10 tahun sediakan bekal sendiri


Anak-anak yang dilahirkan ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kita yang perlu mencorakkannya. Jika nilai-nilai murni diterapkan sedari kecil, sudah pasti ajaran yang diterapkan akan diiikuti oleh anak-anak sehingga dewasa.

Satu perkongsian dari seorang ibu ini menarik perhatian netizen. Seorang anak yang baru berusia 10 tahun sudah mengambil alih tugas ibunya ketika ibunya sedang demam. Video yang dirakam oleh bapanya itu menunjukkan anak perempuannya sedang menyiapkan hidangan untuk dibawa bekal ke sekolah.

Dari jauh bapanya merakam aksi anak perempuannya sudah menumbuk bahan-bahan untuk memasak. Ketika kanak-kanak lain masih enak dibuai mimpi, dia tidak kekok beraksi di dapur. Bunyi ‘keletak-keletung’ dan tumbukan padu ke lesung batu seakan sudah sebati dengannya. Kelihatan macaroni direbus di atas dapur, dan di sebelah dapur itu pula bahan-bahan untuk ditumis.

Ketika ditanya bapanya, gadis ini mula malu-malu untuk menjawab. Senyumannya mula terukir bila bapanya mula memuji sikap rajin anaknya itu.

KISAH jam 4 pagi. Senyum sendiri tengok video ini. Alhamdulillah. Anak berumur 10 tahun dah pandai berdikari.

Suami saya curi-curi rakam sementara saya masih tidur kerana demam. Mula-mula tengok video ini saya sekadar senyum bangga kerana tak sangka anak sanggup bangun awal. Banyak kali tengok, rasa sebak mula terasa.


Terima kasih Allah di atas anugerah anak-anak yang baik. Semoga semuanya istiqamah menjadi penyejuk mata Ummi dan Abah. In shaa Allah. Aamiin

Sekadar berkongsi detik bahagia seorang ibu.