'Jangan jadikan kami mangsa dek kerana ketaksuban politik korang!'


Rentetan dari peristiwa semalam yang menyaksikan ribuan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak mengamalkan penjarakan sosial, pelbagai pihak menyuarakan rasa marah dan kecewa dengan tindakan para pengikut tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sendiri meluahkan rasa sedih dengan situasi tersebut melalui ciapan di Twitter sedangkan katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia, sentiasa mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa patuh kepada SOP.


Wakil dari pihak PIBG dan guru pula mengatakan mereka memohon agar pihak sekolah atau Guru Besar mengeluarkan satu memo khas menahan Ibu Bapa atau penjaga yang menyertai perhimpunan politik itu dan meminta mereka untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Saranan ini dikatakan bagi mengelakkan penularan kes dalam kalangan pelajar, memandangkan pula semalam kes wabak ini semakin meningkat kepada 39 kes.

RAMAI AJK PIBG sekolah anak telah bersetuju untuk memohon pihak Guru Besar mengeluarkan memo khas menahan Ibu Bapa atau Penjaga yang menyertai perhimpunan politik siang tadi berserta anak mereka daripada hadir ke sekolah.




Sebaiknya kuarantin diri di rumah selama 14 hari memandangkan kes COVID-19 semakin meningkat saban hari. Tiada masalah menjadi pentaksub mana-mana politik. Namun usah berkompromi dengan isu keselamatan ketika ini.



Hari ini kes meningkat kepada 39 kes dengan 28 kes jangkitan tempatan!!! Tampak kejam. Tapi mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika tidak. Ramai Guru, Kakitangan Sekolah, Ibu, Bapa, Penjaga dan Pelajar lain yang menjadi mangsa atas kerakusan para pentaksub politik.