Janin bayi cukup sifat ditemui di tangga loji pembetungan


Janin bayi cukup sifat ditemui di dalam bungkusan yang diletakkan di tangga ke loji pembetungan di sebuah kawasan perumahan, semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Muhammad Hazrin Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan dari pekerja syarikat pembetungan mengenai penemuan bungkusan itu di kawasan perumahan Damansara Damai, Petaling Jaya. 

Sebaik saja anggota Bomba tiba di lokasi, mereka mendapat terdapat satu bungkusan kain berwarna putih ditemui di tangga. 

Pemeriksaan mendapat terdapat janin bayi lelaki cukup sifat yang dianggarkan berusia antara 6-8 bulan di dalam bungkusan tersebut. 

"Pekerja terbabit menemui bungkusan itu yang diletakkan di tepi tangga berkenaan dalam keadaan mencurigakan. 

"Dia takut untuk membuka bungkusan berkenaan kemudian menghubungi kami untuk tindakan lanjut," katanya. 

Janin itu dibawa keluar dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Sumber: Harian Metro