Menurut mangsa, itu bukanlah pertama kali jari dia tertusuk udang dan pada ketika itu dia berasa kecederaan kecil itu tidak akan menyebabkan kemudaratan.
Bagaimanapun, jari telunjuknya itu mula bertukar kehitaman pada keesokkan harinya dan dia mengalami demam.
Selepas pergi ke klinik di Toa Payoh, lelaki itu diminta pergi ke hospital secepat mungkin di mana dia terpaksa menjalani rawatan pada hari yang sama dan ditahan selama tujuh hari, termasuk dua hari di unit rawatan rapi (ICU).
Doktor yang mengendalikan kes itu berkata, jika pesakit itu tidak datang segera, tangannya mungkin akan dipotong sehingga ke bahagian bahu, malah berisiko maut kerana bakteria sudah mencapai di bahagian ketiaknya.
Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit berkata, jangkitan itu boleh berlaku dari tabiat memakan makanan mentah atau makanan laut yang tidak dimasak sepenuhnya.
Jangkitan itu juga boleh berlaku melalui luka yang bersentuhan dengan makanan laut mentah.
Sumber: The Straits Times, World of Buzz