'Tak ada kes hilang duit ke, mak kutu lari ke, best kan?' - Stop main kutu, menabung di Maybank2u


Selain daripada alternatif menyimpan wang di bank, kaedah simpanan secara kutu telah dilakukan sejak dulu lagi sehingga kini. Bukan sahaja wang ringgit, simpanan secara kutu ini juga menyasarkan untuk memiliki barangan hiasan, barangan kemas, pakaian dan bermacam-macam lagi yang telah ditentukan oleh ‘ibu kutu’ (ketua kutu).

Tetapi, dalam keghairahan memiliki wang dan juga barangan, kita juga perlu berhati-hati kerana terdapat kes individu yang ditipu oleh ibu kutu.

Seperti kaedah penyimpanan yang dikongsikan oleh wanita ini, kaedah tersebut   dilihat lebih berkesan daripada penyimpanan kutu secara beramai-ramai itu. Melalui aplikasi Maybank2u, individu dapat membuat simpanan secara selamat dan lebih meyakinkan.

SAJA-saja main kutu Maybank. Sebenarnya dah lupa. Hari ni baru teringat nak cek. Diam-diam nak penuhkan tabung. Ni duit selit. Duit tepi jugak namanya ni gais.

Kalau ikut login Maybank tu terus ada je create goal. Tak tahu lah sebab dah pernah buat. Kalau first time, kena bukak web rasanya. Kena step by step. Mengganti kutu dengan menabung di Maybank2u.

Actually, kat Maybank2u ni ada satu bahagian yang kita boleh simpan duit setiap bulan yang dipanggil ‘Create Goal +’.

Apa yang best kat 'Creat Goal +' ni, first kita kena tahu apa tujuan kita nak create goal ni. Macam nak beli wing chair ke, travel Jepun ke, atau nak beli gelang emas? Pastu boleh set nak simpan berapa banyak duit setiap bulan. Maybank akan auto tolak duit dari akaun kita.

Selepas itu, bila dah sampai tempoh yang kita nak, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank kita. Automatic. Tak ada kes hilang duit ke, mak kutu lari ke, best kan?

Ok bawah ini ibu try tunjukkan step by step macam mana nak start gunakan ‘Create Goal +’ tu kat Maybank2u.
  1. Memula, bukak website Maybank2u www.maybank2u.com.my dan Click Login Maybank2u.
  2. Scroll bawah sikit dan akan jumpa Create Goal +.
  3. Kemudian pilih category. Dalam tu ada banyak contoh tujuan seperti gift, family, travel, shopping, education, retirement dan others.
  4. Pastu letakkan goal name korang. Contoh kalau target nak deposit rumah, letak depo rumah. Macam ibu nak gelang sajat, so letak 'Gelang Sajat' 
  5. Dekat bahagian commitment ada by Monthly Amount dan by duration. Macam ibu pilih monthly amount.
  6. Click Saving Account-i
  7. Letakkan berapa jumlah yang dikehendaki di column Goal Amount
  8. Letak berapa jumlah untuk first deposit. Yang ni RM10 sebagai deposit pertama pun takpe.
  9. Letak berapa jumlah nak tolak setiap bulan dari akaun Maybank.
  10. Starting date tu letaklah setiap berapa haribulan nak duit tu tolak dari akaun Maybank kita (serius macam kutu kan?) 
  11. Click Start.
  12. Double check semua details dulu, kalau okay boleh click Confirm




Okey. It's done gais. Kalau nak tambah lagi goal lain, click je kat Create Goal + tu tau. Hari tu ibu buat 5 goals sekali gus. Kadang pelik jugak apesal duit dalam account hilang. Rupanya dia nyorokkan masuk dalam Goals ni. Paksa rela menyimpan. Haha.  

Kalau tetiba terdesak nak guna duit ke, korang boleh je cancel goals korang tu. Nanti duit akan masuk balik dalam account korang.

Sekian dari suri rumah yang paksa rela menabung demi kelangsungan hidup di masa hadapan.

Sumber: Azira Samsuddin, Wani Hswn