Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
"Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesemua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC dihadapi tertuduh.
"Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan," kata Mohd Nazlan.
Berita tersebut sudah pastinya meninggalkan kesan kepada penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri itu. Buktinya, dianggarkan lebih 1,000 pengikutnya datang berkumpul di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan kepada beliau yang juga digelar sebagai 'Bossku'.
Menerusi komen-komen di media sosial, ada netizen meminta para pengikut 'Bossku' dikenakan kompaun. Tidak kurang juga yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas mereka.
Satu rakaman video juga menunjukkan penyokong-penyokong Datuk Seri Najib berkumpul dan melaungkan ‘Bubar Parlimen’ dan slogan ‘Hidup Bossku’ di hadapan pintu utama Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.