KKM kaji cadangan denda RM1,000 atau penjara jika tak pakai mask di tempat awam


Individu yang tidak memakai pelitup muka ditempat awam berkemungkinan akan dikenakan denda RM1,000 atau penjara pada masa akan datang. 

Cadangan itu kini sedang dikaji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dilaksanakan sebelum mewajibkan pemakaian pelitup muka. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengenalan dua hukuman itu termaktub dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 

"Kementerian Kesihatan sangat menggalakkan pemakaian pelitup muka terutama di kawasan awam. Kalau tempat awam, kita harus pakai pelitup muka jika penjarakan sosial sukar dijalankan atau pun tempat berisiko tinggi kita sangat galakkan. 

"Sekarang kita masih belum mewajibkan. Kalau kita wajibkan dalam Akta 342, jadi kita akan pertimbangkan sebab individu itu akan dikenakan penjara kalau tak pakai pelitup muka atau RM1,000 atau pun boleh dipenjarakan. 

"Jadi, kita melihat kepada tindakan denda atau pun penjara bagi mereka yang tak pakai pelitup muka," katanya. 

Sumber: Harian Metro