'Mereka dari berbagai latar belakang, usah judge mereka kerana Rumah Makan Percuma ini untuk semua'


Melihat kegembiraan di wajah pengunjung, mungkin satu nikmat baginya. Tak semua mampu dapat memberikan sumbangan dan usaha seperti yang dilakukan oleh wanita ini.

Rumah Makan Percuma yang terletak di Alor Star bukan memilih pengunjung, sebaliknya terdiri dari pelbagai latar belakang. Setiap hari, hanya 200 kuota disediakan untuk orang awam.

SEORANG Ustaz pencen. Memangnya dia ada wang pencen. Anak-anak kaya-kaya semua. Cuma mereka bekerja jauh-jauh. Sekarang isterinya sakit, tak dapat memasak. Makanya dia datang makan di Rumah Makan Percuma (RMP).

Seorang ibu tunggal. Anak 5. Memang tak ada duit nak beri makan anak-anak. Maka setiap hari dia bawa anak-anaknya makan di RMP.

Seorang suami yang baru kematian isteri. Anak masih kecil-kecil. Dia datang bawa anak-anaknya makan di Rumah Makan Percuma. 

Saya dan keluarga dalam perjalanan ke Alor Star. Kami dari Sungai Petani. Saja singgah makan. Tengok dalam TV. Saja nak mai tengok Rumah Makan Percuma. Bawa mak ni mai dari Langkawi. Dia nak tengok juga.

Seorang pekerja. Yang gajinya cuma cukup-cukup makan. Bila makan tengah hari di RMP. Dia dapat jimat RM5/hari. Semuga RM150/bulan. Yang dia dapat jimatkan. Dia boleh beli makanan sihat untuk anak-anak dia.

Seorang yang bekerja dengan Bismi Empire. Tak perlu fikir pasal lunch. Datang saja ke RMP. Makan apa yang ada. Memang kami sediakan makan 200 orang untuk orang awam dan kuota asing untuk pekerja-pekerja kami.

Begitulah kisahnya, Rumah Makan Percuma. Jadi kalau anda teropong dalam gambar-gambar RMP. Anda akan temui berbagai wajah. Mereka dari berbagai latar belakang. Usah “judge” mereka. Kerana Rumah Makan Percuma ini untuk semua. Cumanya ianya terhad untuk 200 orang awam setiap hari. Kami sediakan kuota tambahan untuk pekerja Bismi Empire.





#mk
#RumahMakanPercuma
#UntukSemua