'Pagi-pagi saya dapat perkhabaran begini. Sedih sangat," tulis si isteri, Nindi, 26, di akaun Twitternya.
Dalam gambar yang dikongsikan, Nindi memaklumkan, dia dan Reza menjalinkan hubungan selama lima tahun sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, Nindi turut mendedahkan identiti dan gambar wanita yang merampas suaminya itu, Astary Dewi atau Tari yang bekerja di bahagian 'sales' di syarikat Toyota.
Difahamkan, sejak awal membina hubungan dengan Reza, Nindi mengakui hubungan mereka tidak mendapat restu dari orang tua pasangannya. Namun Reza ketika itu berusaha menyakinkannya bahawa hubungan Nindi dengan orang tuanya kelak akan baik.
4 November 2018, Nindi dan Reza selamat bernikah. Segalanya baik-baik sahaja sehinggalah Jun 2020, mereka sering bertengkar mengenai hal-hal remeh dan Reza juga kerap menyinggung Nindi dengan kata-kata mahu berpoligami, curang dan madu.
Meskipun begitu, Nindi masih tidak menaruh prasangka buruk terhadap suaminya sehinggalah satu hari dia tidak dapat mengakses akaun media sosial suaminya. Setelah disiasat, rupanya Reza benar-benar menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.
Sejak dari itu, Nindi banyak mendedahkan bukti-bukti suaminya curang di media sosial sehingga mendapat banyak perhatian netizen.