'Muka ditampar sehingga bibir berdarah' - YouTuber minta diberi ruang untuk selesaikan masalah keluarga


Perkembangan terkini mengenai kes rumah tangga YouTuber, mangsa dilpaorkan berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami luka dan lebam di beberapa bahagian badannya. 

Mangsa yang berusia 28 tahun terdahulu hadir ke Mahkamah Majistret Ipoh pagi tadi, ditemani ahli keluarganya. Wanita itu tidak ceria seperti biasa ditonton dalam video saluran YouTube miliknya. 

Menurut sumber, muka dan pipi mangsa ditampar beberapa kali menggunakan tangan sehingga menyebabkan bibirnya berdarah. Lengan mangsa juga mengalami bengkak akibat dipukul dengan sabit. 

Tidak tahan dan bimbang dengan keselamatan dirinya, mangsa membuat laporan polis. 

Sumber yang dipetik dari portal Sinar Harian juga memaklumkan, mangsa meminta untuk diberikan ruang sementara waktu bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya. 

"Untuk sementara ini, mereka tidak akan meneruskan apa-apa kerjasama program atau rakaman memasak dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu bermula dari sekarang," katanya. 

Sumber: Sinar Harian

LAPORAN BERKAITAN