'Pengiktirafan Ikon hanya untuk Pavithra, bukan untuk Sugu' - MBI


Susulan kes YouTuber S. Pavithra menjadi bahan bualan netizen sejak semalam, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tampil memberi penjelasan mengenai pengiktirafan yang diberikan kepada wanita itu. 

Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd. Syahrizal Azmi berkata, pengiktirafan Ikon Anak Bandaraya Ipoh itu hanya diberikan kepada S. Pavithra dan tidak mempunyai kaitan dengan suaminya, M. Sugu. 

Tambahnya, status ikon itu hanya boleh diberikan kepada anak kelahiran Ipoh, Perak sahaja.

"Pengiktirafan tersebut hanya diberikan kepada Pavithra seorang sahaja kerana dia berasal dari Buntong, Ipoh. Ia sebagai satu bentuk penghargaan yang diberikan MBI atas jasa dan pencapaiannya selama ini. 

"Manakala suaminya, Sugu, bukan berasal dari Ipoh. Sebaliknya berasal dari Sungai Siput, Kuala Kangsar.

"Pengiktirafan status ikon itu hanya melibatkan individu sahaja dan bukan diberikan kepada Sugu Pavithra yang merupakan jenama saluran YouTube yang dikendalinya oleh mereka" katanya. 

Sumber: Astro Gempak

LAPORAN BERKAITAN