Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, kira-kira 600 hingga 700 orang hadir di lokasi tersebut tetapi jumlah tersebut berkurangan atas beberapa faktor termasuk cuaca.
"Kami mendapati penyokong Najib mula berarak sejak pagi dari Masjid Wilayah Persekutuan dalam jumlah yang besar. Kami juga memberi amaran kepada mereka untuk mematuhi SOP termasuk menjaga jarak sosial dan memakai pelitup muka.
"Pada mulanya mereka tidak mematuhi tetapi setelah diberi peringatan beberapa kali, mereka patuh. Situasi terkawal dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.
Beliau menambah, polis akan mengambil tindakan tegas sekiranya penyokong ahli politik itu gagal mematuhi SOP.
Sumber: The Star