Seabad tak potong rambut


Bagi kebanyakan lelaki, rambut panjang amatlah merimaskan dan apatah lagi di tempoh perintah kawalan pergerakan, kedai gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi, menjadikan ramai yang tidak berpeluang memotong rambut mereka. 

Berbeza dengan kisah lelaki berusia 95 tahun dari Kartanaka, India yang sudah hampir seabad tidak memotong rambutnya. 

Doddapallilah, 95, berasal dari Molakalmuru, Chitradurga mengakui tidak pernah memotong rambutnya yang kini berukuran 7.3 meter. 

Malah dia lebih rela meminta bantuan orang lain untuk menggulung rambutnya daripada memotongnya, bagi memudahkan dia bergerak. 

Meskipun begitu, Doddapallilah terpaksa menahan kesakitan ketika orang membuka dan mengikat rambutnya. 

Sumber: Agensi, Harian Metro