Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.
Mengikut pertuduhan, M. Sugu didakwa memiliki sabit sepanjang 26 inci di kawasan parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 6 petang, Selasa lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Sumber: Harian Metro