Lapor News 18, haiwan itu dipercayai datang dari Taman Negara Kaeng Krachan, memecah masuk ke premis itu. Tidak tahan dengan bau raja buah itu, gajah tersebut merempuh pintu gerai berharga RM1,625.
Siriphon berkata, itu adalah kejadian yang pertama kali berlaku gerainya dipecah masuk haiwan dan terpaksa menanggung kerugian yang tidak dijangkakan itu.
Tidak terhenti di situ, gajah yang sama kembali ke gerai Siriphon pada waktu malam dan sekali lagi merosakkan pintu gerainya.
Dianggarlah lebih dari 10 buah durian telah dirembat oleh gajah tersebut dan Siriphon sempat merakam gambar suspek.
Contoh video rakaman kamera litar tertutup di mana Gajah pecah masuk kedai untuk curi durian di Thailand:
Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana gajah makan buah durian. Jawapannya, gajah tidak memerlukan pisau untuk membuka buah durian. Sebaliknya, haiwan itu cuma perlu menghentak buah tersebut dengan kaki bagi mendapatkan isi buah tersebut.
Sumber: News 18, World of Buzz