'Aparooo pakai lampu HID?! Nak suluh lubang kubur ka??' - Netizen

Penggunaan lampu HID pada kenderaan persendirian semakin berleluasa, seolah-olah golongan ini tidak gentar dengan saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. 

Terbaru, viral video di media sosial yang jelas sekali menunjukkan seorang pemandu kereta Proton Wira yang menggunakan lampu HID sehingga menyebabkan pengguna lain berada di depan kenderaannya berasa terganggu. 

"Tahulah malam raya, lampu kau memang kena meriah ke? Nak suluh lubang kubur? 

"Lampu ni bukan lampu kereta pun. Dia pasang HID strip dekat bumper dia. WFL 3150, betul tak nombor plate dia? Kalau betul, aku nak report JPJ," kata Myvy Se. 


Difahamkan, pengadu telah membuat aduan kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan selanjutnya.

Di ruangan komen Facebook, netizen menggesa pihak berkuasa khususnya JPJ mengambil tindakan tegas terhadap golongan berkenaan, termasuk tindakan terhadap penjual aksesori kenderaan. 




Sumber: Facebook