'MIL suruh pakai RM25K tu untuk welding 2 tempat, I rasa hati dirobek..' - Gadis buntu, nak terus atau batalkan plan kahwin


"Perlukah I batalkan semua ini? I sedih diperlakukan macam ni. I ada harga diri!" demikian kata seorang gadis yang meluahkan perasaannya di media sosial. 

Menurut gadis bernama Wawa berkenaan, dia dan teman lelaki merancang untuk berkahwin pada tahun ini. Namun disebabkan kekurangan wang untuk melangsungkan majlis di sebelah pihak lelaki, menyebabkan dia buntu sama ada mahu meneruskan ataupun tidak perancangan untuk berkahwin. 

"Bulan depan I nikah, hantaran RM25,000 je. Tapi hubi (hubby) nak welding (wedding) dua tempat I dan welding tempat pihak lelaki. 

"I cakap kalau nak welding dua tempat, hubi kena tambah duitlah sebab RM25K tu welding tempat I je. Kan awal-awal dah minta RM25K, so itu hak I. Kenapa tiba-tiba nak welding tempat dia juga pakai duit tu? 

"Hubi kata dia layak loan RM25K je sebab loan dah banyak, rumah dan kereta lagi. Sekarang hubi terima gaji RM1,000 je sebulan sebab potong semua loan. 

"Jadi I kata kat hubi, kita tangguh nikah setahun lagi untuk dia kumpul RM10,000, untuk welding di tempat pihak lelaki. Tapi hubi nak sangat nikah tahun ni juga. 

"Apa perlu I buat? I suruh hubi pinjam dengan bakal Mother In Law (MIL), tapi MIL suruh pakai RM25K tu je untuk welding dua tempat. Allahu. 

"I rasa hati dirobek-robek. Hak I di*******. I tak boleh terima macam ni," katanya. 


Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara gadis itu yang dianggap banyak membazir.










Sumber: Facebook