Peragut 'diroyal rumble' punyai 20 rekod jenayah

Seorang peragut berjaya ditangkap selepas cuba meragut rantai leher milik seorang wanita di sebuah stesen minyak semalam. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada petang Khamis (5 Ogos 2020) di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.

Ketika itu, mangsa baru sahaja selesai mengisi petrol kenderaannya lalu didatang suspek yang menunggang motosikal dan secara tiba-tiba cuba meragut rantai emasnya. 

Mangsa kemudian menjerit meminta pertolongan. Hasil tindakan pantas orang awam, suspek berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher akibat rantainya cuba ditarik oleh suspek. 

Siasatan awal polis mendapati, suspek yang berusia 30-an itu mempunyai 20 rekod jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro