Suspek curang, punca isteri nekad failkan perceraian


Lagi perkembangan terkini mengenai kes pensyarah UIAM mati dibunuh oleh suaminya. 

Siasatan terkini polis mendapati, suspek dipercayai 'kantoi' curang menyebabkan mangsa nekad memfailkan perceraian yang membawa kepada tindakan suspek membunuhnya sebelum mayatnya ditinggalkan di tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Khamis lalu. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek, 41, didapati menjalinkan hubungan dengan wanita lain sehingga mencetuskan masalah dalam rumah tangga mereka. 

Suspek setakat ini masih direman dan di soal siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sementara itu, polis masih mencari telefon bimbit yang dibuang oleh suspek ke dalam tasik di Taman Putra Perdana, Dengkil, dengan bantuan Pasukan Polis Marin.

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN