(Video) Cubaan samun gagal, suspek dipijak beramai-ramai


Hajat dua suspek menyamun enam penumpang dalam pengangkutan awam kecundang apabila pemandu berkenaan terus memecut kenderaannya menyebabkan salah seorang suspek tidak sempat keluar. 

Berdasarkan video tersebut, kejadian itu berlaku pada 31 Julai lalu di lokasi yang tidak dinyatakan. 

Dua suspek berkenaan pada awalnya menahan kenderaan itu yang disangka sebagai penumpang. Namun keadaan sebaliknya berlaku apabila salah seorang suspek segera meluru masuk ke dalam dan cuba menyamun penumpang di bahagian belakang. 


Menyedari ada perkara yang tidak baik berlaku di bahagian belakang, pemandu terus memecut kenderaannya menyebabkan suspek tidak sempat keluar lalu ditarik dan dibelasah beramai-ramai sehingga lunyai. 

Suspek cuba melawan tetapi tidak berdaya melawan kudrat enam penumpang itu. 

Tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya, tetapi netizen di media sosial berpuas hati melihat suspek dipijak seperti tiada hari esok.