Baru-baru ini viral di media sosial, netizen mengecam tindakan pemilik kenderaan yang menggunakan lampu brek kelip-kelip sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengguna lain.
Tweet tersebut turut menyertakan video bukti dan meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan undang-undang terhadap kenderaan seperti itu.
"Assalamualaikum @JPJ_Malaysia, minta ambil tindakan la kenderaan yang macam ni. Tengah jalan jammed, lampu brek berkelip-kelip menyusahkan pengguna jalan yang lain. Harap maklum," tulis Myaaa Syaaa.
Assalamualikum @JPJ_Malaysia , minta ambil tindakan la kenderaan yg macam ni. Tengah jalan jammed, lampu brek berkelip-kelip menyusahkan pengguna jalan yg lain. Harap maklum. pic.twitter.com/5nzTkQWZoe
— ☆bintangmalam NAK PASS ACCA! (@MyaaaSyaaa) July 31, 2020
Myaaa turut sedar yang tindakannya merakam video tersebut adalah satu kesalahan tetapi dia menjelaskan bahawa dia tidak dapat menahan sabar melihat lampu brek tersebut.
"Mungkin saya akan dikenakan tindakan juga sebab rakam video sambil memandu. Tapi, time tu jalan tengah jammed dan sangat beremosi lagi-lagi saya dah tak tahan dengan lampu kelip-kelip Alza ni.
"Lebih dari dua jam saya tahan. Saya tak dapat memotong barisan dengan jalan yang sesak," tulisnya.
Memandangkan tweet tersebut viral, tampil beberapa lagi netizen lain memuat naik video bukti yang lain sehingga menimbulkan persoalan, apakah modifikasi pada lampu brek dibenarkan?
Yg ini pun sama. Memang yang dibenarkan oleh jpj ke? Bodoh betul pakai lampu brek gini kalau org tk perasan bkn lampur break dh kena langgor!
— wadashie 🌸 (@syuhadaa_omar) August 1, 2020
*rakamn semasa jammed tak gerak dah sakit!! pic.twitter.com/nttAcdO6MD
— Hamdi Khalis (@hmdikhls) August 1, 2020
tambah lagi WUS7048 perodua myvi pic.twitter.com/g0oWWcSK54
— akmalarief_ (@akmalarief_) August 1, 2020