'Takpe, takpe.. Kita ikhlas nak tolong' - Netizen puji 2 mekanik ini sanggup bantu orang tanpa bayaran


Kebiasaannya, kes-kes kemalangan di lebuhraya yang viral di media sosial, banyak berkaitan dengan kes-kes scammer yang mengambil kesempatan untuk 'menyembelih' mangsanya. Tetapi kali ini, lain pula ceritanya.

14 September, Yuva Nathan berkongsi mengenai kebaikan yang ditunjukkan oleh dua individu ini sanggup membantu mereka yang ditimpa kemalangan kecil, membuatkan rakyat Malaysia percaya masih ada orang yang baik seperti ini. 

SABTU 12/9/2020, saya dan rakan-rakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Semasa lalu jalan Temerloh, muncul seekor monyet berlari melintas jalan. Ingatkan haiwan itu sempat melintas, rupanya tidak. Sebaik saja melihat kenderaan kami, monyet itu berpatah balik dan berlaku kemalangan kecil yang tidak diingini.

Mujur haiwan itu selamat dan terus melarikan diri ke dalam hutan. 

Kami meneruskan perjalanan ke Hentian Rehat dan Rawat Temerloh untuk memeriksaan keadaan kereta. Bila tengok, plat nombor pendaftaran kereta sudah hilang dan bampar depan pula terjatuh sedikit serta ada berlaku kebocoran air dari radiator. 


Masa tengah periksa kereta, datang dua lelaki dari kereta yang parking di sebelah bertanya kenapa kereta kami jadi macam tu dan minta izin untuk tengok keadaan kereta. 

Kami bernasib baik, rupa-rupanya diorang berdua adalah mekanik yang kebetulan juga ada membawa peralatan membaiki di dalam kereta mereka. Sebab sebelum itu, diorang baru je hantar kereta kawan yang menghadapi masalah dari Kajang ke Kuantan. 

Bukan sahaja radiator yang dibaiki, diorang baiki sekali bampar depan yang kemek tadi. Diorang buat sampai bampar tu kembali seperti sebelumnya. Semua tu mengambil masa selama dua jam. 




Bila dah selesai, kami pun tanya berapa bayarannya. Diorang menolak dan berulang kali kata:

"Takpe, takpe. Kita ikhlas nak tolong. Mana yang boleh tolong, kita tolong".

Berulang kali diorang menolak, tetapi kami tetap nak bagi duit dan suruh diorang pergi makan. Jadi saya letak duit itu di dalam kereta diorang. Tetapi diorang ambil duit itu dan bagi balik pada kami. 

Orang seperti ini membuatkan saya percaya yang negara kita masih ada harapan (untuk melakukan perubahan). Diorang bantu orang yang menghadapi masalah kereta rosak walaupun di mana diorang berada. 

Terima kasih Abang Rizal dan Azam di atas pertolongan korang. . 

Kalau korang pergi Kuantan nak cari bengkel repair atau ubahsuai kereta, carilah mereka di AR Motorsport. 

Sumber: Yuva Nathan